my ARTICLES

ISLAM HADHARI
PENGENALAN

Islam Hadhari sebenarnya bukanlah ajaran baru tetapi ia merupakan '
pendekatan baru’ yang ingin dibawa kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang diambil oleh kerajaan dalam membawa masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya dalam memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang syumul, berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan keharmonian.

KONSEP

“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.

VISI

Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
MISI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

OBJEKTIF

Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabarancabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

PRINSIP

  1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif  
  6. Kehidupan Berkualiti
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
  8. Keutuhan Budaya dan Moral
  9. Pemuliharaan Alam Semulajadi
  10. Kekuatan Pertahanan

PENUTUP

No comments:

Post a Comment