Wednesday, November 10, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar-pelajar PISMP Pengajian Melayu Ambilan Januari 2010 (IP1B) yang telah berjaya menghidupkan suasana P&P yang cukup memberangsangkan semasa lawatan Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti untuk menyelia saya sebagai calon Guru Cemerlang Gred DG52 pada 4 Mac 2010. Jika ada pihak yang berminat dengan slaid P&P pada hari itu boleh dimuaturun daripada TOPIK INTERAKSI BERSEMUKA bagi M7 TOKOH TAMADUN ISLAM.

Al-Hamdulillah, pada 10 November 2010 saya telah menerima surat makluman pemangkuan Guru Cemerlang PPPS Gred DG52 yang berkuatkuasa mulai 24 Ogos 2010.

Saya berdoa semoga kejayaan saya ini menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar dan guru untuk meneruskan gagasan kecemerlangan perkhidmatan sebagai seorang guru pada masa akan datang. Saya sendiri negitu bersemangat untuk terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inovasi.

Terima kasih kepada Puan Rozita Binti Abdullah, Ketua Unit Khidmat Pengurusan kerana begitu teruja dengan kejayaan saya dan mengharapkan saya supaya menghasilkan PRODUK yang berkaitan perkhidmatan pendidikan. Terima kasih juga kepada Puan Hajjah Normah Binti Ismail dari Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti yang berterusan membrikan kata perangsang melalui sms supaya "kerja elok2 nanti minta dg54 pula". Saya sayut cabaran puan. Insya Allah.

Wassalam.

Sunday, September 5, 2010

SALAM TAARUF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sedang mengemaskini laman blog ini daripada laman blog terdahulu. Justeru itu tarikh post dipublish tidak boleh diambil kira sehingga Januari 2011.

Sekian, terima kasih, harap maklum.