Wednesday, August 1, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum dan selamat menyambut puasa Ramadhan 2012 kepada para pelajar muslim. Didoakan semoga anda semua sihat sejahtera menjalani ibadat puasa. Rebutlah peluang kemurahan Allah untuk memperoleh seberapa banyak pahala dan rezeki dengan memperbanyakkan ibadat seharian.

Pada 5 Ogos 2012 nanti, majlis Iftar Jama'ie akan diadakan di surau IPG KSAH dan dijangka Yang Berbahagia Datuk Rektor IPGM akan bersama-sama warga IPG KSAH di majlis tersebut. Semua pelajar dijemput hadir sama ada muslim atau non-muslim.

Sekian, terima kasih.

KAJIAN TAHAP DIALOG PERADABAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 yang mengambil mata pelajaran WAJ 3101 Tamadun Islam & Tamadun Asia.

Untuk makluman anda, saya sedang menjalankan kajian tahap dialog peradaban dalam kalangan pelajar PISMP Ambilan Januari 2012.  Justeru saya amat memerlukan kerjasama anda untuk menjadi responden kajian ini.

Apa perlu anda buat:

  1. Muaturun Borang Soalselidik kajian ini, klik link ini ( BORANG SOALSELIDIK )
  2. Borang ini dalam format fail pdf. Ini bermakna anda tidak boleh edit borang ini, tetapi anda masih boleh menaip di atasnya dengan cara:
          1. Buka fail ini dengan perisian Adobe Reader X, anda perlu sign in terlebih dahulu.
          2. Klik butang sign, satu menu untuk menambah teks akan muncul
          3. Bawa cursor ke ruang sasaran, klik dan taip X untuk menanda jawapan pilihan
          4. Jangan lupa SAVE fail tersebut.
  1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada saya melalui emel: ustadki@gmail.com
Terima kasih di atas segala kerjasama anda.