Wednesday, August 1, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum dan selamat menyambut puasa Ramadhan 2012 kepada para pelajar muslim. Didoakan semoga anda semua sihat sejahtera menjalani ibadat puasa. Rebutlah peluang kemurahan Allah untuk memperoleh seberapa banyak pahala dan rezeki dengan memperbanyakkan ibadat seharian.

Pada 5 Ogos 2012 nanti, majlis Iftar Jama'ie akan diadakan di surau IPG KSAH dan dijangka Yang Berbahagia Datuk Rektor IPGM akan bersama-sama warga IPG KSAH di majlis tersebut. Semua pelajar dijemput hadir sama ada muslim atau non-muslim.

Sekian, terima kasih.

KAJIAN TAHAP DIALOG PERADABAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 yang mengambil mata pelajaran WAJ 3101 Tamadun Islam & Tamadun Asia.

Untuk makluman anda, saya sedang menjalankan kajian tahap dialog peradaban dalam kalangan pelajar PISMP Ambilan Januari 2012.  Justeru saya amat memerlukan kerjasama anda untuk menjadi responden kajian ini.

Apa perlu anda buat:

  1. Muaturun Borang Soalselidik kajian ini, klik link ini ( BORANG SOALSELIDIK )
  2. Borang ini dalam format fail pdf. Ini bermakna anda tidak boleh edit borang ini, tetapi anda masih boleh menaip di atasnya dengan cara:
          1. Buka fail ini dengan perisian Adobe Reader X, anda perlu sign in terlebih dahulu.
          2. Klik butang sign, satu menu untuk menambah teks akan muncul
          3. Bawa cursor ke ruang sasaran, klik dan taip X untuk menanda jawapan pilihan
          4. Jangan lupa SAVE fail tersebut.
  1. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada saya melalui emel: ustadki@gmail.com
Terima kasih di atas segala kerjasama anda.

Thursday, April 19, 2012

Ujian Akhir Kursus TITAS PPG dan PISMP

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Kursus bagi kursus WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah seperti berikut:

1. Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan pada 2 Mei 2012 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Munsyi.

2. Program Pensiswazahan Guru pada 6 Mei 2012 pada jam 8.30 pagi di tempat-tempat berikut:
 
KUMPULAN
TEMPAT
BT
A 211 & A 212
BMM
DEWAN AL-FARABI
PIM
B205 & B207
PJM
DEWAN MUNSYI
BCN
PKP
MZU
TSL
PSV
PRA
G 201 & G202
SCE
PKB
G 203 & G204
MTE

Untuk maklumat lanjut, anda dikehendaki merujuk kepada papan kenyataan Unit Peperiksaan dan Penilaian. Semoga anda semua sentiasa bersedia menghadapi sebarang ujian. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Berikut diperturunkan sedikit panduan untuk mrmbantu para pelajar melakukan ulangkaji secara berfokus.
1. Soalan objektif melibatkan topik-topik berikut:
           Konsep Tamadun,
           Islam dalam Tamadun Melayu,
           Interaksi antara tamadun dan relevansinya di Malaysia dan dunia serta
           Isu-isu kontemporari Islam dan Tamadun Barat,
2. Soalan struktur pula melibatkan topik-topik berikut:
           Konsep Tamadun Islam
           Interaksi antara pelbagai tamadun
           Isu-isu kontemporari Islam dan Tamadun Barat,
3. Soalan esei melibatkan topik-topik berikut:
           Tokoh Tamadun Islam dan Asia
           Islam Hadhari.

Kertas soalan akan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C.

Soalan bahagian A berbentuk objektif aneka pilihan. 10 soalan dan wajarannya 10 markah.  Jawab semua soalan.

Manakala soalan Bahagian B pula berbentuk struktur. Empat soalan dan wajarannya 20 markah.  Jawab semua soalan.

Soalan Bahagian C pula berbentuk esei. Tiga soalan, tetapi jawab hanya satu soalan sahaja. Wajarannya ialah 10 markah.

Diharapkan penerangan ringkas ini dapat membantu anda melakukan ulangkaji yang berkesan.

Tuesday, March 6, 2012

TUGASAN KKP TITAS PPG AMBILAN 2012

Salam sejahtera kepada semua pelajar PPG Ambilan 2012, bersama ini dilampirkan JPT TITAS untuk tindakan anda semua.  Sila klik link berikut untuk dapatkan dokumen JPT tersebut.

JPT KKP TITAS PPG Ambilan 2012

Tugasan tersebut mesti dihantar kepada pensyarah masing-masing selewat-lewatnya pada interaksi keempat pada 14 April 2012.

KK hendaklah memastikan semua ahli kelas menendatangani borang pengesahan menerima tugasan dan serah kepada saya (Ustaz Md Zuki Bin Hashim, Penyelaras Mata Pelajaran).

Berbincanglah dengan pensyarah masing-masing tentang kehendak soalan tugasan tersebut.  Jika anda perlukan bantuan saya, sila hubungi saya melalui mod komunikasi yang paling mudah bagi anda.

Sekian, terima kasih.

Monday, February 6, 2012

TUGASAN KKP TITAS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepeda semua pelajar TITAS PISMP Ambilan Januari 2012, bersama ini saya sertakan Tugasan KKP untuk tindakan semua pelajar. Sila muaturun tugasan tersebut dan berbincanglah dengan pensyarah masing-masing untuk memastikan kehendak soalan dipatuhi. Taklimat umum tidak akan diadakan. 

Ketua Kelas hendaklah memastikan semua pelajar menandatangani borang akuan penerimaan tugasan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada saya (penyelaras).

Tugasan KKP TITAS PISMP Ambilan Januari 2012

TUGASAN GANTI KULIAH P1F-PA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pengumuman ini ditujukan kepada pelajar PISMP P1F-PA.

Untuk makluman, sepanjang minggu ini ( 6-9 Februari 2012 ) saya diamanahkan untuk mengurus Taklimat Kurikulum sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru LPBS j-QAF Ambilan Februari 2012 sebagai penyelaras peringkat IPG KSAH.  Justeru interaksi bersemuka bagi mata pelajaran ini sepanjang minggu ini terpaksa diganti.

Oleh sebab itu, para pelajar dikehendaki memuaturun tugasan berikut untuk diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Tugasan ganti kuliah 06022012
Tugasan ganti kuliah 07022012

Wednesday, January 11, 2012

BUKU RUJUKAN TITAS

Para pelajar yang dikasihi,
Ramai yang bertanyakan saya tentang buku rujukan TITAS yang komprehensif, saya telah membuat sedikit penyelidikan terhadap beberapa buah buku dan didapati buku Tamadin Islam & Tamadun Asia keluaran Penerbit Multimedia serasi dengan sukatan pelajaran TITAS di IPG. Buku ini diterbitkan pada Januari 2011. Namun begitu buku-buku lain juga sangat membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap isi kandungan sukatan pelajaran.

Oleh sebab itu, saya telah berurusan dengan pihak Penerbitan Multimedia untuk mendapatkan bekalan buku tersebut. Sehingga kini saya telah menerima 60 naskhah buku berkenaan dengan harga sebanyak RM20.00 berbanding harga pasaran RM24.90. Pelajar yang berminat boleh terus berhubung dengan saya.


   

Wednesday, January 4, 2012

TAKLIMAT KURSUS

Taklimat kursus WAJ 3101 Tamadun Islam & Tamadun Asia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Januari 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Farabi
Kumpulan Sasaran: Pelajar PISMP Semester 1
Penyampai: Ustaz Md Zuki Bin Hashim (Penyelaras Mata Pelajaran)

Isi kandungan taklimat:

1. Asas komunikasi mata pelajaran melalui laman blog di alamat: titaspismp.blogspot.com.
2. Sukatan pelajaran boleh dimuturun daripada laman blog titaspismp.
3. Tugasan TITAS juga boleh dimuaturun dari blog ini setelah dimaklumkan untuk berbuat demikian.
4. Jumlah jam kredit: 30 jam @ 2 kali seminggu
5. Penilaian kursus berasaskan Tugasan (60%) dan Ujian Akhir Kursus (40%)
6. Soalan UAK mengandungi 10 soalan objektif (10%), dua soalan struktur (20%) dan satu soalan esei (10%).
7. Tenaga pengajar TITAS semester 1/2012:

7.1 Dato' Haji Haron Bin Ismail ________(P1A-BC, P1B-BC)
7.2 Ustaz Jazmi Bin Md Isa ___________(P1C-KG)
7.3 Ustazah Hajjah Saadiah Bin Haron __(P1D-MT)
7.4 Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman __(P1E-PA)
7.5 Ustaz Md Zuki Bin Hashim ________(P1F-PA)
7.6 Ustazah Gazilah Binti Mohd Iza ____(P1H-PJ, P1J-BI)
7.7 Tuan Haji Mohd Sobri Bin Hanafi ___(P1K-BI)

Semoga teklimat tersebut dapat memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar tentang mata pelajaran ini.

Sekian, wassalam.