Tuesday, April 26, 2011

UAK TITAS



















Salam 1Malaysia,
Saya dedikasikan notis ini kepada pelajar-pelajar P1B dan P1L PISMP Ambilan Januari 2011 yang telah membuat keputusan untuk tidak menduduki Ujian Akhir Kursus TITAS yang telah diadakan pada 24 April 2011 jam 1430-1600 bertempat di Dewan Munsyi dan B 206 dan B207 tanpa satu alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan penangguhan ujian kepada penyelaras kursus.
Saya suka memaklumkan kepada para pelajar berkenaan bahawa anda secara otomatik sekarang hilang 40% markah kerana tidak menduduki ujian berkenaan. Anda cuma berbekalkan 60% markah dari markah tugasan KKP.
Saya suka memaklumkan kepada para pelajar berkenaan bahawa adalah tidak rasional jika anda mendakwa bahawa anda tidak tahu tentang ujian ini kerana:
1. UAK telah dengan jelas telah diperuntukan dalam Sukatan Pelajaran TITAS yang boleh dimuaturun dari blog ini.

2. UAK juga telah saya nyatakan dengan jelas dalam Rancangan Pengajaran Semester yang boleh dimuaturun dari blog ini.
3. Saya telah memaklumkannya dalam ruang blog ini dua minggu sebelum ujian.
4. Saya juga telah menwar-warkannya dalam laman web rasmi IPG KSAH.
5. Saya juga telah menampal dua keping notis di papan kenyataan sekitar koperasi IPG KSAH.
Saya tidak fikir anda cukup bijak apabila membuat keputusan berkenaan sedangkan daripada 13 kelas yang mengikuti kursus ini didapati hanya kelas anda sahaja yang ingkar. Saya catatkan notis ini sekadar tanggungjawab saya sebagai penyelaras. Segala urusan berkaitan dengan UAK ini mestilah melalui Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG KSAH.

Sunday, April 17, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Para pelajar yang dikasihi, saya telah diamanahkan untuk menyelia, memantau dan mengesahkan pencalonan guru pelatih cemerlang praktikum di SMA Al-Ijtihadiyah, Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan SABK Gurun. Berdasarkan jadual yang dibekalkan, maka 19 April 2011 dan 21 April 2011 adalah hari yang paling sesuai untuk tugas tersebut. Justeru itu, saya telah menyediakan tugasan untuk para pelajar.
19 April 2011 - Kelas P1A dan P1H
21 April 2011 - Kelas P1J
Sila download dan sempurnakan seperti biasa mengikut arahan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Tugasan Ganti Kuliah. Dokumen Perlembagaan Persekutuan boleh diperolehi daripada link yang terdapat di Gerbang Tamadun di http://tamadunisia.blogspot.com/ pada bahagian Rujukan.
Sekian dan selamat maju jaya.

Wednesday, April 13, 2011

UJIAN AKHIR KURSUS TITAS 2011

Kepada semua pelajar kursus TITAS PISMP Ambilan Januari 2011, Dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Kursus TITAS bagi semester ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 24 April 2011

Masa: 1430-1600

Tempat: Dewan Munsyi.

(Saya mohon Ketua Kelas setiap kumpulan supaya memberi respon bahawa makluman ini telah diambil maklum dan telah diwar-warkan kepada ahli kumpulan masing.)


Untuk makluman pelajar, UAK ini meliputi format berikut:

1. Keseluruhan soalan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

2. Bahagian A mengandungi 10 soalan aneka pilihan dengan wajaran 10 markah. Semua soalan dalam bahagian ini wajib dijawab.

3. Bahagian B mengandungi tiga soalan struktur yang perlu dijawab dua soalan sahaja. Wajaran bagi bahagian ini ialah 20 markah.

4. Bahagian C merupakan soalan esei dengan wajaran 10 markah. Bahagian ini mengandungi dua soalan yang perlu dijawab satu soalan sahaja.

Sekian, harap maklum.