Saturday, October 1, 2011

TUGASAN TITAS KUMPULAN PPG PRA 1S & 1T

Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Pelajar2 PPG PRA 1S & 1T, sila download tugasan yang berikut dan selesai mengikut seperti yang diputuskan dalam perbincangan kita:

TUGASAN

Semoga anda memperoleh manfaat daripada tugasan ini.
Sekian wassalam.

Tuesday, May 10, 2011

LAPORAN PEMERIKSAAN KKP DAN UAK TITAS SEMESTER 1 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dalam kesempatan kali ini, saya suka melaporkan dapatan pemeriksaan Kerja Kursus Pendek dan Ujian Akhir Kursus bagi kursus WAJ 3103 Tamadun Islam dan Tamadun Asia dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan Ambilan Januari 2011 seperti berikut:

1. Kerja Kursus Pendek

Kekuatan
1. Isi yang dipersembahkan oleh para pelajar didapati sangat memenuhi keperluan tugasan.
2. Kedapatan calon yang menzahirkan isi penting tugasan dengan highlight yang sangat membantu pemeriksa untuk mengesan isi berkenaan.

Kelemahan
1. Kebanyakan tugasan yang dinyatakan di dalam teks KKP tidak terdapat dalam senarai Rujukan. Implikasinya akan wujud anggapan dalam kalangan penilai bahawa berlaku perbuatan plagiat.

2. Ujian Akhir Kursus

Kekuatan
1. Para pelajar bijak memilih soalan yang paling dikuasai oleh mereka dan kebanyakannya memperoleh markah penuh dalam bahagian esei.

Kelemahan
1. Kedapatan pelajar yang mengemukakan lebih daripada satu isi bagi soalan struktur. Kaedah pemeriksaan tidak menerima jawapan seumpama ini terutama apabila kedua-dua jawapan yang dikemukakan itu bercanggah.

LAPORAN DALAM PROSES KEMASKINI...

Tuesday, April 26, 2011

UAK TITAS



















Salam 1Malaysia,
Saya dedikasikan notis ini kepada pelajar-pelajar P1B dan P1L PISMP Ambilan Januari 2011 yang telah membuat keputusan untuk tidak menduduki Ujian Akhir Kursus TITAS yang telah diadakan pada 24 April 2011 jam 1430-1600 bertempat di Dewan Munsyi dan B 206 dan B207 tanpa satu alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan penangguhan ujian kepada penyelaras kursus.
Saya suka memaklumkan kepada para pelajar berkenaan bahawa anda secara otomatik sekarang hilang 40% markah kerana tidak menduduki ujian berkenaan. Anda cuma berbekalkan 60% markah dari markah tugasan KKP.
Saya suka memaklumkan kepada para pelajar berkenaan bahawa adalah tidak rasional jika anda mendakwa bahawa anda tidak tahu tentang ujian ini kerana:
1. UAK telah dengan jelas telah diperuntukan dalam Sukatan Pelajaran TITAS yang boleh dimuaturun dari blog ini.

2. UAK juga telah saya nyatakan dengan jelas dalam Rancangan Pengajaran Semester yang boleh dimuaturun dari blog ini.
3. Saya telah memaklumkannya dalam ruang blog ini dua minggu sebelum ujian.
4. Saya juga telah menwar-warkannya dalam laman web rasmi IPG KSAH.
5. Saya juga telah menampal dua keping notis di papan kenyataan sekitar koperasi IPG KSAH.
Saya tidak fikir anda cukup bijak apabila membuat keputusan berkenaan sedangkan daripada 13 kelas yang mengikuti kursus ini didapati hanya kelas anda sahaja yang ingkar. Saya catatkan notis ini sekadar tanggungjawab saya sebagai penyelaras. Segala urusan berkaitan dengan UAK ini mestilah melalui Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG KSAH.

Sunday, April 17, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Para pelajar yang dikasihi, saya telah diamanahkan untuk menyelia, memantau dan mengesahkan pencalonan guru pelatih cemerlang praktikum di SMA Al-Ijtihadiyah, Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan SABK Gurun. Berdasarkan jadual yang dibekalkan, maka 19 April 2011 dan 21 April 2011 adalah hari yang paling sesuai untuk tugas tersebut. Justeru itu, saya telah menyediakan tugasan untuk para pelajar.
19 April 2011 - Kelas P1A dan P1H
21 April 2011 - Kelas P1J
Sila download dan sempurnakan seperti biasa mengikut arahan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Tugasan Ganti Kuliah. Dokumen Perlembagaan Persekutuan boleh diperolehi daripada link yang terdapat di Gerbang Tamadun di http://tamadunisia.blogspot.com/ pada bahagian Rujukan.
Sekian dan selamat maju jaya.

Wednesday, April 13, 2011

UJIAN AKHIR KURSUS TITAS 2011

Kepada semua pelajar kursus TITAS PISMP Ambilan Januari 2011, Dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Kursus TITAS bagi semester ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 24 April 2011

Masa: 1430-1600

Tempat: Dewan Munsyi.

(Saya mohon Ketua Kelas setiap kumpulan supaya memberi respon bahawa makluman ini telah diambil maklum dan telah diwar-warkan kepada ahli kumpulan masing.)


Untuk makluman pelajar, UAK ini meliputi format berikut:

1. Keseluruhan soalan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

2. Bahagian A mengandungi 10 soalan aneka pilihan dengan wajaran 10 markah. Semua soalan dalam bahagian ini wajib dijawab.

3. Bahagian B mengandungi tiga soalan struktur yang perlu dijawab dua soalan sahaja. Wajaran bagi bahagian ini ialah 20 markah.

4. Bahagian C merupakan soalan esei dengan wajaran 10 markah. Bahagian ini mengandungi dua soalan yang perlu dijawab satu soalan sahaja.

Sekian, harap maklum.

Monday, March 28, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH M10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Untuk makluman saya menghadiri Kursus Pengemaskinian Laman Web bagi AJK laman web IPG KSAH mewakili JAPIM seperti butiran berikut:


Tarikh: 29 - 31 Mac 2011

Hari: Selasa hingga Khamis

Masa: 0800-1700

Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.


Oleh sebab itu, saya tidak berpeluang untuk meneruskan sesi interaksi bersemuka pada tarikh-tarikh tersebut. Sehubungan itu, bagi mengelakkan daripada kelompangan waktu kuliah anda, maka saya sediakan tugasan ganti kuliah yang perlu disiapkan pada masa dan hari berkenaan dan hantar kepada saya seperti arahan dalam tugasan.


Tugasan:

29 mac 2011




30 Mac 2011



31 mac 2011



Sila muaturun tugasan ganti kuliah ini dan patuhi arahannya. KK sila muaturun borang akuan terima tugasan dan pastikan semua ahli kelas menandatanganinya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 2, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH TITAS PISMP

Assalamualaikum,
Para pelajar P1J yang dikasihi,
Saya minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan interaksi bersemuka dengan anda pada 3/3/2011 jam 0800-0900 atas alasan terpaksa menyelesaikan praktikum penyeliaan 1 minor Bahasa Arab kepada guru pelatih program KDPM SM SABK di Kuala Kurau, Perak yang tertangguh melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG KSAH.

Sehubungan dengan itu, saya mohon anda menyempurnakan tugasan ganti kuliah seperti arahan berikut:
1. Muatturun slaid minggu 7 Tokoh Tamadun Islam.
2. Bincang secara berkumpulan setiap pandangan Ibnu Khaldun yang telah saya muatkan dalam slaid tersebut.
3. Hantar terus kepada saya hasilan tugasan melalui mod komunikasi yang disediakan.
4. Mohon KK mencetak borang akuan terima tugasan yang boleh didapati daripada tugasan sebelum ini dan semua kena tandatangan. Hantar ke meja saya.
5. Semoga anda gigih berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi diri sendiri.
Sekian, wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

Saturday, February 12, 2011

TUGASAN KKP & RUBRIK SEMESTER 1/2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Para pelajar yang dikasihi,
Bersama ini saya muatnaik tugasan KKP & rubriknya untuk diakses dan disempurnakan. Setelah dimuaturun, sila berbincang dengan tutor anda tentang kehendak soalan tugasan tersebut.

Item untuk dimuaturun ialah:

1. Rubrik
2. Borang Kolaborasi

Jika ada kemusykilan, anda boleh beri komen melalui post ini.

Terima kasih.

Saturday, February 5, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH 3/2011

Salam kepada para pelajar PISMP P1H,
Saya mohon maaf kerana tidak dapat berinteraksi bersama anda pada 7 Februari 2011 ini kerana saya mengambil cuti rehat bagi mendaftar kemasukan anak saya ke MRSM Baling (Tingkatan 1) dan SMKA Yan (Tingkatan 4).

Walaupun begitu sesi pembelajaran tetap berjalan melalui mod gantian berasaskan tugasan. Sila muaturun tugasan ganti kuliah melalui link ini.

Sekian, semoga Allah memudahkan urusan keduniaan kita.

Sunday, January 16, 2011

Tugasan Ganti Kuliah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para pelajar yang dikasihi, saya akan menghadiri Kursus Monitoring Praktikum 1/2011 pada 17 dan 18 Januari 2011 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan.

Bagi memastikan proses P&P terus berjalan tanpa gangguan, saya mohon para pelajar memuaturun bahan perbincangan dan ikut arahan seperti yang tercatat dalam tugasan tersebut.

1. Tugasan Ganti Kuliah bagi kumpulan PISMP 1A (18/1/2011) dan PISMP 1H (17/1/2011)
2. Tugasan Ganti Kuliah bagi kumpulan PISMP 1H (18/1/2011)

Sekian, harap maklum.

Sunday, January 2, 2011

TUTOR AKADEMIK 2011

Berikut diperturunkan senarai kelas dan tutor akademik bagi kelas-kelas PISMP Semester 1/2011:

1. P1A-BC USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
2. P1B-BC TUAN HAJI HAROM BIN ISMAIL
3. P1C-BM TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
4. P1D-BT TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
5. P1E-MT TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
6. P1F-MT USTAZ JAZMI BIN MD ISA
8. P1H-PA USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
9. P1J-PA USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
10.P1K-SN PUAN HAJJAH SAADIAH BINTI HARON
11.P1L-BI TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
12.P1M-BI TUAN HAJI WAN MOHD BADRUDDIN BIN HAJI ABD RAHMAN
13.P1N-BI PUAN HAJJAH SHABIBAH BINTI SHAUFIT AFFANDI
14.P1P-BI TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN AHMAD