Monday, March 28, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH M10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Untuk makluman saya menghadiri Kursus Pengemaskinian Laman Web bagi AJK laman web IPG KSAH mewakili JAPIM seperti butiran berikut:


Tarikh: 29 - 31 Mac 2011

Hari: Selasa hingga Khamis

Masa: 0800-1700

Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.


Oleh sebab itu, saya tidak berpeluang untuk meneruskan sesi interaksi bersemuka pada tarikh-tarikh tersebut. Sehubungan itu, bagi mengelakkan daripada kelompangan waktu kuliah anda, maka saya sediakan tugasan ganti kuliah yang perlu disiapkan pada masa dan hari berkenaan dan hantar kepada saya seperti arahan dalam tugasan.


Tugasan:

29 mac 2011




30 Mac 2011



31 mac 2011



Sila muaturun tugasan ganti kuliah ini dan patuhi arahannya. KK sila muaturun borang akuan terima tugasan dan pastikan semua ahli kelas menandatanganinya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 2, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH TITAS PISMP

Assalamualaikum,
Para pelajar P1J yang dikasihi,
Saya minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan interaksi bersemuka dengan anda pada 3/3/2011 jam 0800-0900 atas alasan terpaksa menyelesaikan praktikum penyeliaan 1 minor Bahasa Arab kepada guru pelatih program KDPM SM SABK di Kuala Kurau, Perak yang tertangguh melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG KSAH.

Sehubungan dengan itu, saya mohon anda menyempurnakan tugasan ganti kuliah seperti arahan berikut:
1. Muatturun slaid minggu 7 Tokoh Tamadun Islam.
2. Bincang secara berkumpulan setiap pandangan Ibnu Khaldun yang telah saya muatkan dalam slaid tersebut.
3. Hantar terus kepada saya hasilan tugasan melalui mod komunikasi yang disediakan.
4. Mohon KK mencetak borang akuan terima tugasan yang boleh didapati daripada tugasan sebelum ini dan semua kena tandatangan. Hantar ke meja saya.
5. Semoga anda gigih berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi diri sendiri.
Sekian, wassalam.