Wednesday, August 1, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum dan selamat menyambut puasa Ramadhan 2012 kepada para pelajar muslim. Didoakan semoga anda semua sihat sejahtera menjalani ibadat puasa. Rebutlah peluang kemurahan Allah untuk memperoleh seberapa banyak pahala dan rezeki dengan memperbanyakkan ibadat seharian.

Pada 5 Ogos 2012 nanti, majlis Iftar Jama'ie akan diadakan di surau IPG KSAH dan dijangka Yang Berbahagia Datuk Rektor IPGM akan bersama-sama warga IPG KSAH di majlis tersebut. Semua pelajar dijemput hadir sama ada muslim atau non-muslim.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment