Thursday, April 19, 2012

Ujian Akhir Kursus TITAS PPG dan PISMP

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Kursus bagi kursus WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah seperti berikut:

1. Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan pada 2 Mei 2012 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Munsyi.

2. Program Pensiswazahan Guru pada 6 Mei 2012 pada jam 8.30 pagi di tempat-tempat berikut:
 
KUMPULAN
TEMPAT
BT
A 211 & A 212
BMM
DEWAN AL-FARABI
PIM
B205 & B207
PJM
DEWAN MUNSYI
BCN
PKP
MZU
TSL
PSV
PRA
G 201 & G202
SCE
PKB
G 203 & G204
MTE

Untuk maklumat lanjut, anda dikehendaki merujuk kepada papan kenyataan Unit Peperiksaan dan Penilaian. Semoga anda semua sentiasa bersedia menghadapi sebarang ujian. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Berikut diperturunkan sedikit panduan untuk mrmbantu para pelajar melakukan ulangkaji secara berfokus.
1. Soalan objektif melibatkan topik-topik berikut:
           Konsep Tamadun,
           Islam dalam Tamadun Melayu,
           Interaksi antara tamadun dan relevansinya di Malaysia dan dunia serta
           Isu-isu kontemporari Islam dan Tamadun Barat,
2. Soalan struktur pula melibatkan topik-topik berikut:
           Konsep Tamadun Islam
           Interaksi antara pelbagai tamadun
           Isu-isu kontemporari Islam dan Tamadun Barat,
3. Soalan esei melibatkan topik-topik berikut:
           Tokoh Tamadun Islam dan Asia
           Islam Hadhari.

Kertas soalan akan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C.

Soalan bahagian A berbentuk objektif aneka pilihan. 10 soalan dan wajarannya 10 markah.  Jawab semua soalan.

Manakala soalan Bahagian B pula berbentuk struktur. Empat soalan dan wajarannya 20 markah.  Jawab semua soalan.

Soalan Bahagian C pula berbentuk esei. Tiga soalan, tetapi jawab hanya satu soalan sahaja. Wajarannya ialah 10 markah.

Diharapkan penerangan ringkas ini dapat membantu anda melakukan ulangkaji yang berkesan.

2 comments: