Wednesday, January 11, 2012

BUKU RUJUKAN TITAS

Para pelajar yang dikasihi,
Ramai yang bertanyakan saya tentang buku rujukan TITAS yang komprehensif, saya telah membuat sedikit penyelidikan terhadap beberapa buah buku dan didapati buku Tamadin Islam & Tamadun Asia keluaran Penerbit Multimedia serasi dengan sukatan pelajaran TITAS di IPG. Buku ini diterbitkan pada Januari 2011. Namun begitu buku-buku lain juga sangat membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap isi kandungan sukatan pelajaran.

Oleh sebab itu, saya telah berurusan dengan pihak Penerbitan Multimedia untuk mendapatkan bekalan buku tersebut. Sehingga kini saya telah menerima 60 naskhah buku berkenaan dengan harga sebanyak RM20.00 berbanding harga pasaran RM24.90. Pelajar yang berminat boleh terus berhubung dengan saya.


   

Wednesday, January 4, 2012

TAKLIMAT KURSUS

Taklimat kursus WAJ 3101 Tamadun Islam & Tamadun Asia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Januari 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Farabi
Kumpulan Sasaran: Pelajar PISMP Semester 1
Penyampai: Ustaz Md Zuki Bin Hashim (Penyelaras Mata Pelajaran)

Isi kandungan taklimat:

1. Asas komunikasi mata pelajaran melalui laman blog di alamat: titaspismp.blogspot.com.
2. Sukatan pelajaran boleh dimuturun daripada laman blog titaspismp.
3. Tugasan TITAS juga boleh dimuaturun dari blog ini setelah dimaklumkan untuk berbuat demikian.
4. Jumlah jam kredit: 30 jam @ 2 kali seminggu
5. Penilaian kursus berasaskan Tugasan (60%) dan Ujian Akhir Kursus (40%)
6. Soalan UAK mengandungi 10 soalan objektif (10%), dua soalan struktur (20%) dan satu soalan esei (10%).
7. Tenaga pengajar TITAS semester 1/2012:

7.1 Dato' Haji Haron Bin Ismail ________(P1A-BC, P1B-BC)
7.2 Ustaz Jazmi Bin Md Isa ___________(P1C-KG)
7.3 Ustazah Hajjah Saadiah Bin Haron __(P1D-MT)
7.4 Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman __(P1E-PA)
7.5 Ustaz Md Zuki Bin Hashim ________(P1F-PA)
7.6 Ustazah Gazilah Binti Mohd Iza ____(P1H-PJ, P1J-BI)
7.7 Tuan Haji Mohd Sobri Bin Hanafi ___(P1K-BI)

Semoga teklimat tersebut dapat memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar tentang mata pelajaran ini.

Sekian, wassalam.