Tuesday, May 10, 2011

LAPORAN PEMERIKSAAN KKP DAN UAK TITAS SEMESTER 1 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dalam kesempatan kali ini, saya suka melaporkan dapatan pemeriksaan Kerja Kursus Pendek dan Ujian Akhir Kursus bagi kursus WAJ 3103 Tamadun Islam dan Tamadun Asia dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan Ambilan Januari 2011 seperti berikut:

1. Kerja Kursus Pendek

Kekuatan
1. Isi yang dipersembahkan oleh para pelajar didapati sangat memenuhi keperluan tugasan.
2. Kedapatan calon yang menzahirkan isi penting tugasan dengan highlight yang sangat membantu pemeriksa untuk mengesan isi berkenaan.

Kelemahan
1. Kebanyakan tugasan yang dinyatakan di dalam teks KKP tidak terdapat dalam senarai Rujukan. Implikasinya akan wujud anggapan dalam kalangan penilai bahawa berlaku perbuatan plagiat.

2. Ujian Akhir Kursus

Kekuatan
1. Para pelajar bijak memilih soalan yang paling dikuasai oleh mereka dan kebanyakannya memperoleh markah penuh dalam bahagian esei.

Kelemahan
1. Kedapatan pelajar yang mengemukakan lebih daripada satu isi bagi soalan struktur. Kaedah pemeriksaan tidak menerima jawapan seumpama ini terutama apabila kedua-dua jawapan yang dikemukakan itu bercanggah.

LAPORAN DALAM PROSES KEMASKINI...

No comments:

Post a Comment