Wednesday, March 2, 2011

TUGASAN GANTI KULIAH TITAS PISMP

Assalamualaikum,
Para pelajar P1J yang dikasihi,
Saya minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan interaksi bersemuka dengan anda pada 3/3/2011 jam 0800-0900 atas alasan terpaksa menyelesaikan praktikum penyeliaan 1 minor Bahasa Arab kepada guru pelatih program KDPM SM SABK di Kuala Kurau, Perak yang tertangguh melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG KSAH.

Sehubungan dengan itu, saya mohon anda menyempurnakan tugasan ganti kuliah seperti arahan berikut:
1. Muatturun slaid minggu 7 Tokoh Tamadun Islam.
2. Bincang secara berkumpulan setiap pandangan Ibnu Khaldun yang telah saya muatkan dalam slaid tersebut.
3. Hantar terus kepada saya hasilan tugasan melalui mod komunikasi yang disediakan.
4. Mohon KK mencetak borang akuan terima tugasan yang boleh didapati daripada tugasan sebelum ini dan semua kena tandatangan. Hantar ke meja saya.
5. Semoga anda gigih berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi diri sendiri.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment